Webinar Nadi X Cybersecurity – Permulaan Di Universiti, Masa Depan Di Siber Sekuriti

7 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity Permulaan Di Universiti, Masa Depan Di Siber Sekuriti. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar permulaan ini biasanya bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber di kalangan pelajar dan komuniti universiti, serta meneroka peluang kerjaya dalam bidang yang semakin berkembang ini. Mendedahkan pelajar kepada asas keselamatan siber seperti memberi pemahaman awal tentang konsep, ancaman, dan keperluan cybersecurity di dunia digital hari ini. Membimbing pelajar mengenal pasti laluan kerjaya dalam cybersecurity seperti menjelaskan peluang kerjaya, bidang pengkhususan, serta kemahiran yang diperlukan dalam industri keselamatan siber. Membangunkan kesedaran keselamatan digital dalam komuniti universiti. Menyediakan platform perkongsian bersama pakar industri . Menggalakkan penyertaan generasi muda dalam membangunkan ekosistem keselamatan siber negara.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali